Translate

Khamis, 27 September 2012

Apa itu KHAL (CUKA BUAH) & Produk-Produk yang di jual.....



Apa itu KHAL (CUKA BUAH) (cuka kurma, cuka delima, cuka anggur dan cuka epal)
KHAL adalah nama dalam bahasa Arab bermaksud suatu bahan daripada buah-buahan seperti tamar (kurma), epal, anggur dan tin (fig) yang disimpan atau diperam dlm jangka masa tertentu, bertukar dari jus buah menjadi alkohol, seterusnya menjadi yis, bertukar menjadi asid asetat, dan akhirnya menjadi KHAL, dalam bahasa inggeris dipanggil vinegar (cuka buah).

KHAL yg dihasilkan dan dipasarkan dibuat daripada buah tamar (kurma), delima, epal dan anggur menurut kaedah yg dicadangkan oleh oleh ulamak Perubatan Islam dalam kitab-kitab perubatan mereka. KHAL ini adalah satu bentuk minuman kesihatan badan, dicampur degan madu lebah dari negara islam, dimakan bersama herba-herba penting bagi mencapai kesihatan dan penyembuhan yang maksimum.

Terjemahannya: Dalam Sunan ibnu Majah, daripada Ummu Said (r.d) dari Nabi saw, "sebaik-baik hidangan makanan ialah KHAL, Ya Allah berkatilah pada KHAL, sesungguhnya KHAL itu adalah makanan para nabi-nabi terdahulu sebelum aku dan jangan terputus KHAL dalam suatu rumah", (Hadis dikeluarkan oleh ibnu Majah, 3318).

KENAPA KHAL DIPERLUKAN OLEH TUBUH BADAN
Khal kaya dengan kandungan potassium bg membantu mengekalkan keremajaan (awet muda) dan kaya dengan vitamin seperti vitamin C, vitamin E, vitamin B1, vitamin B6, beta-karotena dan vitamin P(bioflavonoid). Khal juga dapat memotong lemak, memotong kolestrol, memotong asid-asid yang tidak diperlukan oleh badan (menstabilkan asid di badan), memotong garam berlebihan dalam badan yang membawa pelbagai penyakit berbahaya.

Habbatul Sauda & Khasiatnya